baru hari ni aq berani nak kluarkan entri ni dalam draft.
selepas aq yakin aq mampu nak kluarkan suara hati yang lama terpendam.
Kepala keluarga..
Kepala keluarga selalunya adalah seorang bapa.. bapa:
seorang insan yang mempunyai ciri-ciri
kebapaan.. dengan sifat2 positif dan penuh dengan kasih sayang… sepatutnya
seorang bapa adalah insane yang dihormati dan disegani dalam kalangan orang
sekitarnya…terutama pada isteri dan anak-anaknya… bukan nya ditakuti. Mungkin
kita sebagai anak kadang-kala patuh kepada ibubapa kita bukan kerana kita
hormatkan mereka tetapi kerana kita takutkan mereka.. Akibatnya daripada sikap
seperti ini, anak2 akan bertindak liar atau bersikap yang tidak sepatutnya
apabila di belakang ibubapa mereka sendiri…
Ibubapa kadang-kala tidak perasan yang mereka telah mendera
anak mereka dalam diam. Mendera dalam diam adalah dalam secara mendera
mentalnya, bukan fizikalnya.. mental anak2 yang didera selalu shaja dalam
keadaan tidak tenang, mudah terganggu, dalam keadaan was2 dan bersifat negatif.
So aq beharap apabila aq menjadi ibubapa kelak, aq cuba akan
tidak mendera anak2 aq fizikal nya atau mentalnya kerana aq xmau sejarah itu
berulang..
Salam sayang..
anakmu….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan