Rabu, 26 Disember 2012

hidup yang singkat

hidup memang singkat.

hari-hari pon kite melalui jalan yang sama.

semalam kawasan aq dikejutkan dengan kemalangan  motorsikal
dan lori sampah.. lori sampah masuk simpang taman perumahan tanpa
bagi signal.. so motor yang ditunggang Arwah Ismail ynag menjadi mangsa.
tu la jalan hari2 yang aq guna..
jalan aq ke tempat keje.

mana nak tahu, semalam tu nasib aq yang kena...

lagipon, kejadian tu pukul 8, n semalam aq balik keje pukul 8..
alhamdulillah semalam,walaupun aq balik pukul 8,
aq decide untuk solat mgrib kat Tesco dulu sebelum balik..
Allah lindungi kita bila kita ada niat baik..

Walaupon aq x kenal dekat siapa tu arwah Ismail,
tapi dia masih junior aq.
betapa tragisnya kematian beliau..
kematian yang ditangisi..
kepalanya digilis lori sampah..
mata terkeluar.
gigi lari dari rahangnya

sampaikan x menjadi bentuk muka nya...

Ya Allah..
betapa meraungnya hati Ibu..

tu semua kerna hidup ini sangat singkat..

Al-fatihah untuk arwah Ismail..
semoga rohnya dicucuri rahmat
diletakkan dalam golongan orang yang beriman..

Tiada ulasan: